Tuesday, April 27, 2010

mcmana nak tahu characteristics of our future husband and wife???


mcm mana nak tahu ciri-ciri kita punya future husband and wife..
that's easy..
apa yang anda perlu lakukan:
1. berdiri dihadapan cermin
2. kemudian, tanya pada diri anda berapa banyak amalan dan kebaikan yang anda sudah lakukan sepanjang hidup anda
3. tanya pada diri anda keburukkan dan dosa yang anda lakukan serta sifat dalam diri anda
result.kalau anda rasa[rasa-rasanya lah] byk kebaikkan yang ada pada diri anda, Insya-ALLAH begitu juga dengan bakal suami atau isteri anda dan sebaliknya[paham-paham la ea, nau'zubillah]
tips:nak isteri dan suami yang soleh? byk2kanlah buat amal ibadat. insya-ALLAH
selamat mencuba..........hehehhe

wassalam

Saturday, April 24, 2010

aku Dia dan dirinya

hidupku tak perlukan cinta dan kasih syg daripada insan bergelar manusia??
tipulah kalau seseorg akan bertanyakan soalan begini;'ko tak pernah suka atau cinta seseorg ke?'
kemudian anda akan menjawab begini;'tak pernah dan aku tak perlukannya,hahaha'..
sah! kalau ada insan yang menjawab begitu maksudnya tak lama dah tu...
memang tak dapat dinafikan aku sendiri pun pernah dan perlukan cinta, kasih sayang daripada ALLAH, ibu bapa, keluarga, sahabat, umat dan alam sekitar..
bagaimana dikatakan cinta dan kasih sayang ALLAH?
bila kita[manusia] inginkan perhatian daripada seseorg....pastinya kita akan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian dia...
inginkan cinta dan kasih sayang daripada ALLAH?
lakukan suruhan dan jauhi larangan-NYA...
tingakatkan amal ibadat seperti solat sunat, baca al-Quran dan sebagainya...
mengejar cinta ALLAH adalah lebih baik daripada mengejar cinta manusia yang hanya bersifat sementara....bahkan insan itu bukanlah halal lagi bagi kita untuk berpegang-pegangan, berpeluk-pelukkan dan lain-lain la..ehem..ehem[pahe-pahe la ea]
pening bila tengok budak zaman sekarang bercinta berlandaskan hawa nafsu semata-mata..
habis maruah dan kehidupan tergadai...
hurrmmmm......
lepas tu, ada pula yang tanya soalan begini; 'habis tu kalau tak boleh bercinta, mcmmana nak pilih lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami?'
untuk jawab soalan gitu.....hehehhehe..baca dgn teliti..
'usahlah kamu khuatir akan jodohmu, sesungguhnya ALLAH telah pun menjadikan hamba-NYA berpasang-pasangan daripada manusia mahupun binatang dan tumbuh-tumbuhan sekali pun. janji ALLAH terhadap hamba-NYA yang beriman iaitu isteri yang solehah ialah untuk suami yang soleh begitu juga dengan sebaliknya....
bagi mereka yang di luar sana yang masih single...
saya rasa tak perlulah nak mengejar mencari cinta selain ALLAH...
nescaya kalau anda mengejar cinta ALLAH pastinya anda akan lebih berasa tenang dan bahagia kerana tidak bergelumbang dengan dosa......
hidup diberkati dan dirahmati-NYA....INSYA-ALLAH...
esok, tulat la sambung malas da nak menaip. buku marketing pun tak study lagi..huahuahuahuahuahua.....
syukran....

Friday, April 23, 2010

dunia yang sementara

semakin lama aku hidup...
semakin banyak perkara yang aku lalui dan aku saksikan di hadapan mataku..
semakin lama aku hidup di dunia..
semakin takut dan gerun untuk aku hadapi....
dunia yang semakin banyak dengan kemaksiatan..penuh dengan ujian dan liku-liku hidup yang perlu aku lalui serta tempuhinya berbekalkan imanku yang semakin hari ku rasakan lemah dan goyah...
kekhuatiranku mula memuncak apabila memikirkan; apakah aku masih berada dilandasan-NYA hingga ke akhir hayatku di muka bumi ini?
apakah aku masih lagi mengucap kalimah-kamilah suci lagi?
apakah amalanku semua di dunia akan diterima oleh-NYA di akhirat kelak?
apakah semua amalan yang aku lakukan berlandaskan niat kerana ALLAH Taala? atau semata-mata untuk menunjuk-nunjuk? atau duniawi semata-mata?
sedih untuk ku bicarakan...
orang-orang yang dahulunya berada dan berdiri disampingku berjihad untuk agama ALLAH,.....
kini hilang...hanya tinggal mereka yang teguh dan cekal menghadapi ujian ALLAH di dunia...
orang-orang inilah juga pernah menyuruh kearah kebaikkan serta meninggalkan larangan..
memandang jelek terhadap mereka yang dahulunya di dalam kesesatan...tetapi..
mereka-mereka inilah yang ALLAH beri hidayah dan petunjuk kembali menghadap-NYA...
ALLAH layak memberi dan menarik kembali hiadayah yang diberi-NYA...
sedangkan bapa saudara Nabi Muhammad yang sama-sama memperjuangkan dan menyebarkan agama Islam, tidak memeluk agama Islam dan meninggal dalam keadaan kafir...
betapa sedihnya hati Rasulullah apabila orang yang disayangi baginda tidak dapat sama-sama mencium bau syurga...
berbalik kepada diriku...
kemana perginya orang-orang yang dahulunya berdiri dan berjuang bersamaku?
dapatku rasakan dunia menjadi 'terbalik'!
dunia yang semakin lama menjadi tua..begitu juga dengan manusia..
jika kita semua fikir yang sudah mencecah 20 tahun, 37 tahun bahkan beratus-ratus tahun sekali pun,.....
1000 tahun di dunia hanyalah 1 hari di akhirat...
jadi, hanya untuk berapa saat dan minit sahaja sebenarnya kita hidup di dunia...
kalau ikutkan naluri hatiku...
tak sanggup lagi rasanya untuk hidup, tetapi sudah cukupkah amalanku untuk di bawa ke akhirat??
takut kalau-kalau aku akan berpaling daripada paksi agama ALLAH...Nauzubillah
dapatlah diceritakan bahawasanya..
hanya Allah shjalah yang layak memberi hidayah kepada hamba yang dikehendaki-NYA.. sedangkan Nabi sendiri pun tidak dapat berbuat demikian...Allahuakbar...
sentiasa fikir positif terhadap orang sekeliling...
jangan sesekali putus harapan kepada-NYA..
AMIN..
Syukran..

pertama kali aku menjejakkan diriku diblog

Alhamdulillah....
pertama kali aku menjejakkan kakiku ke blog..sukar untukku percayai, kalau sebelum ini aku hanya melihat nurul membuka blog-nya kemudian diikuti oleh syikin dan fiza...hurmm..entah apa la yang mereka merepek dalam blog?? aku cuba untuk menyahut seruan mereka...dan disinilah aku mula bertapak berdiri dan cuba untuk memahami, mengerti apa itu blog?
syukran...