Monday, May 17, 2010

Tuhanku....

Tuhanku...
ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku....
maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti....

Oh Tuhanku....
Kau pimpinlah diri ini Yang mendamba cintaMu...
Aku lemah aku jahil Tanpa pimpinan dariMu..

Ku sering berjanji depanMu..
Sering jua ku memungkiri..
Ku pernah menangis keranaMu..
Kemudian ketawa semula...

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun..
Kepada hamba-hambaMu...
Selangkah ku kepadaMu...
Seribu langkah Kau pada ku...

Tuhan....
diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu...

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat.....

AMIN....

petikan daripada lirik lagu 'Damba Cinta-MU'
Raihan

wassalam,
nisa

Thursday, May 13, 2010

sedih....

hari ini aku rasa sedih sgt...
aku diberitakan bahawa imam masjid yg amat aku kagumi sakit tenat dan kini terlantar di wad...
aku suka melihat wajahnya dek bersih dan seakan bercahaya kerana wuduknya dan budi pekertinya yg sgt luhur dan lembut...apa yg ku faham..kemungkinan dia tidak lama lg hidup di dunia..daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...
apa yg ku lihat kini, ramai org-org yg beriman kembali bertemu ALLAH Yang Maha Esa..
aku khuatir....
takut kalau-kalau aku ialah org terakhir yang menyaksikan kejadian kiamat..Nau'zubillah..dunia yg semakin tua hanya menunggu kehancuran...
apa yg ku pinta mati sebelum terjadinya kiamat..tp..
aku takut nak menghadap ALLAH dengan keadaan ku kini..cukupkah lg amalan aku? atau apakah amalan ku selama ini diterima oleh-NYA?...



sama-samalah kita berdoa agar kita tergolong di kalangan orang yang beriman.AMIN


Wassalam

nisa

Tuesday, May 11, 2010

sumbangan terakhir anak kepada insan bergelar ibu bapa...


pernah aku mengharapkan bahawa aku tak nak dan mungkin tak perlu lahir di dunia yang semakin hari penuh dengan kemaksiatan dan hancur dek di telan oleh tangan manusia sendiri...
menyalahkan takdir? tidak sesekali...
sedih kurasakan semakin hari semakin ramai generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang, tidak tahu apa sebenarnya yang mereka harus ikut dan tidak dalam Islam...tidak terkecualilah aku sendiri...nau'zubillah
bila ditanya atau diminta oleh seseorang untuk memandikan jenazah ahli keluarga sendiri terutamanya ibu bapa kita..semuanya menunding jari kearah bilal dan imam masjid...
tidakkah kita patut merasakan memandikan jenazah ibu bapa kita sendirilah merupakan sumbangan terakhir kita setelah bertahun- tahun ibu bapa kita membesarkan kita dari kecil hinggalah dewasa....
malah perkara ini amatlah digalak sekali oleh Rasulullah sendiri kerana...
semua kea'iban ibu bapa kita, hanya diketahui oleh kita sendiri...insan yang bergelar anak!

fikir-fikirkanlah.....yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri...

wassalam...

Saturday, May 1, 2010

untuk sekian kalinya...


aku berasa malas dan mula bosan dengan bLog.......

no ideas to talk and write....

that's all,
thank you

wassalam