Sunday, August 29, 2010

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...

sumber drpd sahabat facebook:
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

insya-ALLAH...

wassalam

Friday, August 27, 2010

Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs!

sumber ihsan daripada kwn Blog:
Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang

pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai.
Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan,
kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun,
para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs.
Namun tidak disedari musibah yang ada yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.

Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular
kini terdapat sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya. Bukan setahun 2 crocs ini
ertapak di bumi Malaysia.
Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH,
lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tumit kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs.
Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya.
Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka.
Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat,
sudah pasti menyukainya.
Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak.
Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah :




Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan?
Sudah pasti kamu berkata :"Ah..ada-ada saja kamu.
Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan
kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola.
Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin,
akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad.
Apa maksudnya?
Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah.
Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan
dan dipusingkan beberapa darjah dari sudut 180 darjah.



Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan?
Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :


Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan?
Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel,
tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Aku ada sepasang kasut Crocs.
Makanya, aku akan menghilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau.
Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau.
Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a)
dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga,
aku cukup-cukup mengalukan.
f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua.
Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.

Thursday, August 26, 2010

ketahuilah-wanita-lelaki-teransang-30-kali-sehari

petikan ini diambil drpd
http://www1.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/794.html

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

Thursday, August 19, 2010

kenapa??

kenapa???
kenapa kalau nak wat dosa malu bila depan kekwan...tapi bila berdua-dua bukan main lg...
Kenapa??
sbb kekwn x nmpak???
hnya pasngan je ker yg nmpk n tahu???

pening~~~~pening...........nau'zubillah

Astaghfirullahallazim....

Bukankah ALLAH itu MAHA MENGETAHUI DAN BIJAKSANA, tiada apa yg yg dapat disembunyikan daripada-NYA..
NOTHING YOU CAN HIDE~~
apa yg kusedihkan, mereka sahabatku...dunia dan akhirat

Saturday, August 7, 2010

nak tahu smada amalan kita da cukup ke belum??

sudah cukupkah amalan kita?? untuk apa??

untuk menghadap ALLAH...

apa yg dpt ku ceritakan...kte x dpt tahu smada amalan kte sudah cukup belum utk mnghdp ALLAH kerana kisah drpd seorg sahabat Rasulullah S.A.W
UMAR AL-KHATAB..

Umar berjalan di kawasan rumah sahabat pd malam jumaat dimana ramai shabatnya sedang membaca surah yasiin pd ketika itu...
tp bila sampai ayat dimana kita( manusia) dibangkitkan nnt utk perhitungan...
...tersungkur Umar hingga bercucur-cucuran air mata beliau tanpa henti kerana memikirkan ketakutannya utk mnghdp ALLAH nnt...tangisan beliau tanpa henti hingga pengsan sampai ke subuh esoknya..

Siapa Umar al-KHATAB??
Sahabat Baginda yg sudah dijanjikan syurga..tp msih takut kalau2 amalannya x cukup utk berjumpa dengan ALLAH..

siapa pula kita???
1) mati syahid?
2)shbt yg dijanjikan syurga?
kita bukannya di atas...kalau anda rasa-rasa da ckup amalan spnjg anda hidup hnya utk berapa saat pd kiraan ALLAH??
FIKIR-FIKIRKANLAH semula..

insya-ALLAH..

WASSALAM

Nisa

aku x tahu....bila

bila?? itulah persoalan yg sering berlegar-legar di benak fikiran ku...

bagaimana???? aku paling takut kalau memikirkan bgaimana...
bagaimana aku mati??dalam keadaan baikkah???atau sebaliknya..nau'zubillah

bagaimana org sekeliling memandang jenazahku dikala mereka dtg menjengukku...

apakah amalanku diterima ALLAH??
apakah aku buat semuanya kerana DIA???Atau sebaliknya..nau'zubillah

apa yg ku pinta...usahlah kamu memanggil aku 'engkaulah buat sbb lebih alim'...

layakkah aku?????...msa bila kita tahu??HARI PERHITUNGAN NNT..

renung-renungkan..insya-ALLAH

wassaLam,

Nisa

Sunday, August 1, 2010

masih ada lgikah hri esok untuk ku?

ku menatap dlm gelap, tiada apa yg bisa KU dilihat...
selain hanya nama-MU YA ALLAH..
esok Ataukah nnt ampuni semua salahku..
lindungiku dr segala fitnah..

KAU tmpt ku meminta...
Kau beriku bahagia..
jadikan ku selamanya hamba yg selalu bertapa..
ampuniku Ya ALLAH, hamba yg sering melupakan-MU..

selamatkanlah aku, keluargaku, Sahabatku, para pejuang dan umat sekalian daripada menyaksikan Hari Kiamat..Kami uamt di akhir zaman...umat Nabi Muhammad yg dijanji, dihimpunKAN segala dosa dan di azab pd KEMUDIAN HARI...
Matikanlah Kami dalam beriman...jgn matikan Kami dalam kekufuran...
KAU terimalah segala amal Ibadat Kami...

Hnya pada-MU..
kAMI BERSERAh...
AMIN..


WASSaLam,
Nisa