Saturday, April 24, 2010

aku Dia dan dirinya

hidupku tak perlukan cinta dan kasih syg daripada insan bergelar manusia??
tipulah kalau seseorg akan bertanyakan soalan begini;'ko tak pernah suka atau cinta seseorg ke?'
kemudian anda akan menjawab begini;'tak pernah dan aku tak perlukannya,hahaha'..
sah! kalau ada insan yang menjawab begitu maksudnya tak lama dah tu...
memang tak dapat dinafikan aku sendiri pun pernah dan perlukan cinta, kasih sayang daripada ALLAH, ibu bapa, keluarga, sahabat, umat dan alam sekitar..
bagaimana dikatakan cinta dan kasih sayang ALLAH?
bila kita[manusia] inginkan perhatian daripada seseorg....pastinya kita akan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian dia...
inginkan cinta dan kasih sayang daripada ALLAH?
lakukan suruhan dan jauhi larangan-NYA...
tingakatkan amal ibadat seperti solat sunat, baca al-Quran dan sebagainya...
mengejar cinta ALLAH adalah lebih baik daripada mengejar cinta manusia yang hanya bersifat sementara....bahkan insan itu bukanlah halal lagi bagi kita untuk berpegang-pegangan, berpeluk-pelukkan dan lain-lain la..ehem..ehem[pahe-pahe la ea]
pening bila tengok budak zaman sekarang bercinta berlandaskan hawa nafsu semata-mata..
habis maruah dan kehidupan tergadai...
hurrmmmm......
lepas tu, ada pula yang tanya soalan begini; 'habis tu kalau tak boleh bercinta, mcmmana nak pilih lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami?'
untuk jawab soalan gitu.....hehehhehe..baca dgn teliti..
'usahlah kamu khuatir akan jodohmu, sesungguhnya ALLAH telah pun menjadikan hamba-NYA berpasang-pasangan daripada manusia mahupun binatang dan tumbuh-tumbuhan sekali pun. janji ALLAH terhadap hamba-NYA yang beriman iaitu isteri yang solehah ialah untuk suami yang soleh begitu juga dengan sebaliknya....
bagi mereka yang di luar sana yang masih single...
saya rasa tak perlulah nak mengejar mencari cinta selain ALLAH...
nescaya kalau anda mengejar cinta ALLAH pastinya anda akan lebih berasa tenang dan bahagia kerana tidak bergelumbang dengan dosa......
hidup diberkati dan dirahmati-NYA....INSYA-ALLAH...
esok, tulat la sambung malas da nak menaip. buku marketing pun tak study lagi..huahuahuahuahuahua.....
syukran....

2 comments: