Friday, April 23, 2010

dunia yang sementara

semakin lama aku hidup...
semakin banyak perkara yang aku lalui dan aku saksikan di hadapan mataku..
semakin lama aku hidup di dunia..
semakin takut dan gerun untuk aku hadapi....
dunia yang semakin banyak dengan kemaksiatan..penuh dengan ujian dan liku-liku hidup yang perlu aku lalui serta tempuhinya berbekalkan imanku yang semakin hari ku rasakan lemah dan goyah...
kekhuatiranku mula memuncak apabila memikirkan; apakah aku masih berada dilandasan-NYA hingga ke akhir hayatku di muka bumi ini?
apakah aku masih lagi mengucap kalimah-kamilah suci lagi?
apakah amalanku semua di dunia akan diterima oleh-NYA di akhirat kelak?
apakah semua amalan yang aku lakukan berlandaskan niat kerana ALLAH Taala? atau semata-mata untuk menunjuk-nunjuk? atau duniawi semata-mata?
sedih untuk ku bicarakan...
orang-orang yang dahulunya berada dan berdiri disampingku berjihad untuk agama ALLAH,.....
kini hilang...hanya tinggal mereka yang teguh dan cekal menghadapi ujian ALLAH di dunia...
orang-orang inilah juga pernah menyuruh kearah kebaikkan serta meninggalkan larangan..
memandang jelek terhadap mereka yang dahulunya di dalam kesesatan...tetapi..
mereka-mereka inilah yang ALLAH beri hidayah dan petunjuk kembali menghadap-NYA...
ALLAH layak memberi dan menarik kembali hiadayah yang diberi-NYA...
sedangkan bapa saudara Nabi Muhammad yang sama-sama memperjuangkan dan menyebarkan agama Islam, tidak memeluk agama Islam dan meninggal dalam keadaan kafir...
betapa sedihnya hati Rasulullah apabila orang yang disayangi baginda tidak dapat sama-sama mencium bau syurga...
berbalik kepada diriku...
kemana perginya orang-orang yang dahulunya berdiri dan berjuang bersamaku?
dapatku rasakan dunia menjadi 'terbalik'!
dunia yang semakin lama menjadi tua..begitu juga dengan manusia..
jika kita semua fikir yang sudah mencecah 20 tahun, 37 tahun bahkan beratus-ratus tahun sekali pun,.....
1000 tahun di dunia hanyalah 1 hari di akhirat...
jadi, hanya untuk berapa saat dan minit sahaja sebenarnya kita hidup di dunia...
kalau ikutkan naluri hatiku...
tak sanggup lagi rasanya untuk hidup, tetapi sudah cukupkah amalanku untuk di bawa ke akhirat??
takut kalau-kalau aku akan berpaling daripada paksi agama ALLAH...Nauzubillah
dapatlah diceritakan bahawasanya..
hanya Allah shjalah yang layak memberi hidayah kepada hamba yang dikehendaki-NYA.. sedangkan Nabi sendiri pun tidak dapat berbuat demikian...Allahuakbar...
sentiasa fikir positif terhadap orang sekeliling...
jangan sesekali putus harapan kepada-NYA..
AMIN..
Syukran..

8 comments:

  1. Sedih la Eirun ;((
    Macam boleh gila kalau pk kenapa tersedar sekarang?

    ReplyDelete
  2. bersyukur kene sedar skrg sbb ALLAH masih beri kesempatan pada kita untuk bertaubat. ALLAH masih sygkan hamba-NYA..sbb tulah Dia beri hidayah kepada Nurul.Insya-ALLAH.amin

    ReplyDelete
  3. :) Tapi tatau la. Hanya mampu mengadu kat Dia ja sebab Nurul rasa hanya Dia yang faham.

    ReplyDelete
  4. yup.that's right. u in correct way.
    dari Dia kita dtg dan dari Dia kita kembali.

    ReplyDelete
  5. correction;
    dari Dia kita dtg dan kepada Dia kita kembali..
    huhu

    ReplyDelete
  6. Haha erun, kenapa banyak sangat correction ni? Btw, ada lg. Ure in the right way. hehehe

    ReplyDelete