Tuesday, May 11, 2010

sumbangan terakhir anak kepada insan bergelar ibu bapa...


pernah aku mengharapkan bahawa aku tak nak dan mungkin tak perlu lahir di dunia yang semakin hari penuh dengan kemaksiatan dan hancur dek di telan oleh tangan manusia sendiri...
menyalahkan takdir? tidak sesekali...
sedih kurasakan semakin hari semakin ramai generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang, tidak tahu apa sebenarnya yang mereka harus ikut dan tidak dalam Islam...tidak terkecualilah aku sendiri...nau'zubillah
bila ditanya atau diminta oleh seseorang untuk memandikan jenazah ahli keluarga sendiri terutamanya ibu bapa kita..semuanya menunding jari kearah bilal dan imam masjid...
tidakkah kita patut merasakan memandikan jenazah ibu bapa kita sendirilah merupakan sumbangan terakhir kita setelah bertahun- tahun ibu bapa kita membesarkan kita dari kecil hinggalah dewasa....
malah perkara ini amatlah digalak sekali oleh Rasulullah sendiri kerana...
semua kea'iban ibu bapa kita, hanya diketahui oleh kita sendiri...insan yang bergelar anak!

fikir-fikirkanlah.....yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri...

wassalam...

2 comments:

  1. hm.. betul3.. insyaalah pasni bole la kte belajar cara2nye spy snang kelak.. xkn orang tua da sakit bru nk belajar.. sedangkn perkara ni, kita digalakkn belajar.. btol x? hihhihi.. nk blaja dgn erun.. so make sure ko blaja btol2.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. huih...erun pown xtau nak mandikan jenazah..
    kene ikut kursus la....huhu

    ReplyDelete